::SaLaM::
Yeah!! Update pun blog nih..hehe.. Sebenarnya Shark nak update pasal Iftar, Raya, Konvoi Raya tahun nih..tapi postpone dulu.. Nak bagi laluan kat UPSR.. 3 hari je, Syawal kan 29hari..
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) / Primary School Evaluation Test telah pun ditukar nama kepada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) also known as Primary School Performance Test. UPSR bermula pada tahun 1987 menggantikan Penilaian Darjah Lima. Format kertas exam pun dah berubah, BM Penulisan ada 3 soalan, pastu ada satu lagi exam know as Aptitude Test, tapi untuk Aptitude Test result guna Band 1 - Band 6..
Shark update pasal UPSR nih sebab adik Shark, sit for that exam this year. UPSR 2011 stat exam 13 - 15 September 2011. (Sekarang nih r). Semoga Allah berilah adikku, SarahSazlin kemudahan dan ketenangan semasa menjawab soalan dan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2011. Ameen
Thanks 4 my friends that "like" my status. May Allah Bless All of Us. Ameen
Teringat pulak zaman 11 tahun yang lalu, Shark ambik exam UPSR dengan no giliran PC001 1041 (hafal beb!!). Rasanya UPSR saja exam yang Shark betul-betul study and well prepared. Tak dak la nak study last minute macam PMR, SPM, Matrik, Degree nih.. Tapi result tak superb pun.. ;( Jom kita kupas satu persatu subjek masa UPSR 2000 dulu~
Bahasa Melayu Pemahaman
-Nih memang subjek wajib score A, soalan mostly senang sebab kita faham, masa Real UPSR pun boleh jawab dengan jayanya
-Result: A
Bahasa Melayu Penulisan
-Actually, masa test and exam selalunya markah BM Penulisan Shark lagi tinggi dari Pemahaman, tapi masa Real UPSR, soalan bahagian B, Shark da buat salah sikit. Sepatutnya, soalan tu kena jawab dalam format cereka, tapi Shark dengan kreatifnya jawab dalam format dialog, tapi konsep tetap sama, Cerita Rekaan.. (Cereka)
-Result: B
Matematik
-Nih memang subjek favorite Shark. memang selalu score subjek ni sebab dia best kalo dpt solution..haha~ hehe..
-Result: A
Sains
- Subjek nih susah nak score, tapi minat gak sebab ada eksperimen yang best-best.
- Result: A
English
- As live from rural area, my English is not good, highest achievement only B, don't interested to learn this subjects, the most hard and difficult subject.
- Result: C
Ingat x, dulu-dulu bagi ucapan, Semoga Berjaya hingga ke manara gading, tak sangka sekarang nih dah abis belajar kat menara gading.. Alhamdulillah.. Camna pulak dengan ceritera UPSR anda semua?? story la sikit~
Menara Gadingku: Menara SAAS
SSM: Suatu hari nanti, Shark nak cerita pasal zaman sekolah rendah plak, Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau~
Click, if u have passed UPSR~ ;)