::SaLaM::
Pastikan anda mengenal pasti sama ada anda mengalami sebahagian atau semua simpton-simptom wabak penyakit yang melanda mahasiswa UiTM sekarang ini. Ramai mahasiswa UiTM telah dikuarantinkan di kolej dan rumah sewa masing-masing sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak. Tarikh tersebut akan diberitahu kelak dan tidak sama bagi setiap pelajar.
Ubat-ubatan dari Pusat Kesihatan UiTM
[sekadar gambar hiasan]
Antara simptom tentang melanda kebanyakkan pelajar universiti terutama UiTM adalah:
- Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
- Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
- Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
- Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)
- Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
- Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
- Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
- Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.
- Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
- Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
- Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
- Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
- Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
- Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
- Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
- Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
- Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
- Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.
- Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
- Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.
Adakah anda mengalami simpton-simpton tersebut?? Sekiranya jawapan anda YA!! , pihak kami [SHARK] ingin mengucapkan Selamat Berjaya.. sori, saje je buat gempak!! Tension beb!! Kena r chill sikit~ hehe..
Semoga Berjaya, Bittaufiq WanNajah, Xueye Jinbu, All The Best
[Image: Captured on 30th October 2009: Part 5]
Nih jadual exam Shark.. Wish me all the best k~ ;))
28 April 2011 – AUD571: Internal Auditing ;] (DSB)29 April 2011 – AUD610: Audit and Assurance Services :[ (DKS)3 Mei 2011 – MAF 635: Management Accounting and Performance Evaluation :I (DATC)4 Mei 2011 – MAF 680: Integrated Case Study ;] (DSB)7 Mei 2011 – FAR 600: Accounting Theory :{ (DSB)9 Mei 2011 – MAF640: Strategic Management ;] (DSB)*emoticon untuk continuos assessment sahaja~
Dikesempatan ini juga, SSM ingin memohan maaf kepada semua sahabat (UiTM, KMPP, Bloggers) yang mana ada terasa dengan ketelanjuran bahasa sepanjang perkenalan kita. Itu hanyalah sekadar gurauan yang ingin mengeratkan hubungan kita bersama. SSM ingin minta maaf kalau anda “terasa” dengan gurauan tersebut. Marilah kita bersama-sama memohon ke hadrat ilahi semoga kita dapat menduduki peperiksaan dengan cemerlang. Semoga ALLAH merahmati kita semua, dan kejayaan milik kita bersama. Ameen..
Entri asal simptom sebelum intro diolah:
http://www.facebook.com/note.php?note_id=171124296231062&id=1369612260
Click to wish me all the best~ Thanks ;))