::SaLaM::
Hmm.. ceritera dimulakan dengan Fiq dan member2nya pi lunch kat Tesco Seksyen 13, Shah Alam..hehe.. sesudah makan, Fiq dan kengkawannya menunaikan solat Zohor di Surau Tesco dan Fiq baru tersedar yang SESUNGGUHNYA KITA SEPATUTNYA BERSYUKUR..
* walaupun adik perempuan kita mengomel apabila mencuci pinggan, kerana dia berada di rumah dan bukannya berpeleseran
* walaupun kita kena bayar cukai pendapatan, kerana itu bermakna kita masih lagi mempunyai pekerjaan
* walaupun banyak pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan
* walaupun kita kena kemaskan rumah, mop lantai dan lapkan tingkap kerana itu bermakna kita masih mempunyai tempat tinggal
* walaupun bunyi bising dari jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar
* walaupun banyak/tinggi timbunan pakaian yang perlu dicuci, kerana itu bermakna kita masih lagi mempunyai pakaian
* walaupun kita letih/sakit otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih lagi berupaya untuk bekerja
* walaupun kita dapat tempat parking yang jauh daripada lif kerana itu bermakna kita masih lagi boleh berjalan
* walaupun suami/isteri yang berdengkur di semasa tidur, kerana itu bermakna dia tidur disisi kita, bukan dengan orang lain~
* walaupun alarm berdering di waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih HIDUP untuk meneruskan hari tersebut
ni Fiq yang nak tambah..
* walaupun kereta/moto kita selalu buat problem, kerana itu bermakna kita masih lagi ada kenderaan, dan moto kita xhilang~
SSM: Semoga diri ini sentiasa bersyukur.. Selamat berpuasa dan bertarawih.. tgh berfikir nak smyg terawih ktna nih??














