"SSM" ~ a JouRNaL oF JouRNeY

::SMaRT::STyLe::MaNTaP::

Recorded by SHaRKFiQ SSM 29 October 2010 at 12:03:00 AM 17 Comments

::SaLaM:: 

Semua dah tau ke Paul the Oracle Octopus tu dah mati~ bukan mati digoreng jadi sotong celup tepung..hehe.. Shark pernah tulis entry bout the miracle of Paul Si Sotong Kurita nih.. hari rabu aritu, Shark ade bace Star, 27/10/10, ade cerita bout sotong kesayangan ramai nih.. xpecaye?? nih bukti dy..

"Paul passed away peacefully"

Kalo korang nak bace originally from newspaper, click jer kat gambar tuh, its automatically open in new tab, u zan zoom-in to read n view clearly.. Paul nih dah mati dengan aman dalam "rumah" dy in a aquarium at Oberhausen Sea Life Centre, Berlin, West-Germany..

F.Y.I., Paul nih warganegara England [English-born] (btol ke??) tapi menetap di German.. beliau sempat hidup 2 tahun je..dan baru je nak popular~ Manager tempat nih bercadang nak buat macam "memorial statue" untuk Paul Si Octopus nih..btw, Paul nih jantan, sbb tu dy tgk bola..hahaha~


SSM: Rugi dyorg xjual Paul nih, kalau x dah untung berjuta2..btol x?? hehe~ 

Click, if u like Paul the Octopus~ ;)

Labels:
Recorded by SHaRKFiQ SSM 25 October 2010 at 3:12:00 AM 26 Comments

::SaLaM::

Pernah tengok Muzik-muzik kat TV3 x?? Pernah pi x Plaza Alam Sentral kat Shah Alam?? Students UiTM, UNiSeL, MSU, PTPTL, branch Shah Alam mesti pernah p, sbb bukan byk pun shopping complex yang ada kat Shah alam ni.. kalo semua pernah p sana, perasan x kat level 5, ada Sri Pentas 2.. satu level ngan Surau n foodcourt tuh~ 

Rakaman Muzik-Muzik 25 yang Shark tengok kat situ r.. Malam yang Shark tengok tu MM25's crew buat 3 episod in one night.. Memang ramai r penyanyi a.k.a. artis yang join.. Shark senaraikan based on their performance's turn.. 

1. Misz Nina
2. Ning Baizura
3. Fimie Don
4. Maulana
************************
5. Nash Lefthanded
6. Fracissa Peter
7. Noraniza Idris
************************
8. Shima
9. Heliza & Mawi
10. Hazami

Shark join tengok MM25 nih skali ngan Acap, Shuk ngan Dinie.. Hari Khamis, dgn gagahnya, siap breakfasting kat PAS beb!! 1st tyme makan kat foodcourt level 5 tu.. mknn dy boleh tahan la jugak~

Rakaman nih dikatakan start at 8.00pm, kami yang macho nih bajet ramai r manusia yg join skali, ingat nak masuk awal r, tp guard tu cakap kul 8.00pm br bleh masuk.. sbb tu r ktorg makan dulu.. 

Tapi tak ramai pun yang join malam tuh.. Shark join pun sbb ade awek Shark nak perform malam tu~ Jom tgk picts behind the scene~

 FBI with Cheryl Samad - MM25 interview session

Semua audiance disuruh untuk mengelingi Faizal Ismail [FBI] ngan Cheryl Samad.. tyme nih dyorg interview artis2 konon2 after dyorg buat performance sorang2.. hehe.. perasan x tanda [************************] kat list name tuh , performance tu diselangselikan ngan sesi nih laa.. mase nih semua artis xperform lagi, tapi buat macam dah perform.. and next artis lak x perform..hehe..

Stage Muzik-Muzik 25 @ Sri Pentas 2 , Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Mase nih, Shark and the gang dah agak malas nak berdiri kat depan tuh~ Penat beb!! berdiri je, Awekku xkeluar2 gak~ Tyme nih Nash tengah perform lagu yang best, tak ingat lagu apa, whether lagu Tiada Lagi Kidungmu or Ku di Halaman Rindu.. btw, kotak kuning yang dalam gambar kat atas tu la tempat sesi interview tuh, a.k.a. gambar FBI ngan CS kat atas..hehe..



Mawi & Heliza - Doa Dalam Lagu

Akhirnya, awek Shark kluar gak bt performance.. Shark ade rekod video dyorg perform.. tapi bleh publish x before dy kluar kat tv?? mggu depan kot kluar.. tgk r MM25, kot2, ade wajah Shark n the gang "ter"masuk dalam tv tuh.. hehe~

Tapi, Shark agak sedih, sebab awek Shark dating ngan someone malam tuh.. mesra je dyorg berdua..membe Shark ade captured gamba dyorg.. Buat semua lelaki, jangan jeles, Heliza dah"berpunya"...haha~

Milik siapakah awek-ku ini..

Next entry Shark akan reveal that guy's picture.. hmm.. btw, Shark dan Fiq adalah manusia yang sama.. saja nak tukar jadi Shark, bunyi cam ganaz sket.. hahaha~


SSM: memang penat jadi penonton MM25 nih, kitorg kene berdiri, tepuk tangan tapi dyorg ade bagi Majalah Remaja ngan Klik sebagai "hadiah" kat audience..

Click, if u like'it~ ;)

Labels: ,
Recorded by SHaRKFiQ SSM 18 October 2010 at 11:34:00 PM 20 Comments


::SaLaM::

Entry kali nih ilmiah sikit ye kawan-kawan.. hehe.. Budget 2011 nih penting la jugak, current issue, sebab kita nak tau apa plan kerajaan nak gunakan duit2 kita.. Ringkasan nih memang khas untuk rakyat Malaysia yang terlepas tengok atau dengar Bajet 2011.. [maybe bz keje, xpun tgh ambik test ke..hehe]

Entri nih juga berguna untuk students yang dipaksa oleh lecture, nasib bek Fiq intern sem nih, manager xsuruh pun ambik taw, tp saje2 nak taw gak.. kata student account, kene r taw~ duit tuh!! haha..

Fiq pun dapat nih dari facebook yg dipost oleh GPMS UiTM MALAYSIA.. nih Fiq copy and paste dari fb sbb Fiq rase bende nih cam penting je untuk bloggers.. hahaha~ 

Datuk Seri Najib Tun Razak - Perdana Menteri Malaysia ke-6

 
Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini 15/10/2010 :

 *Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta. 

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit. 

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015. 

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.

 * RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang. 

* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan. 

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia. 

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan. 

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit. 

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah. 

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi. 

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan. 

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi. 

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. 

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar. 

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil. 

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia). 

* Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia. 

* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010. 

* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan. 

* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap. 

* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain. 

* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. 

* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. 

* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka. 

* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010. 

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010. 

Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru

RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang. 

Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah. 

RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap. 

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara. 

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam. 

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran. 

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah. 

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris. 

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta. 

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000. 

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN. 

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta. 

* Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak". 

* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan. 

* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti. 

* Melancarkan Dana Pencen Swasta. 

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat. 

* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara. 

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan. 

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta. 

* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000. 

* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun. 

* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak. 

* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi. 

* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli




Click, if u like dis info~ ;)

Labels:
Recorded by SHaRKFiQ SSM 15 October 2010 at 6:03:00 AM 24 Comments


::SaLaM::

Proton Waja Lancer - spyshoot [test drive]

I believed that all Malaysian already heard about new Proton Waja Lancer that have been publicly shown in Buletin Utama days ago, now, the Proton Waja Lancer official name is PROTON INSPIRA that come from the word "inspiration". Here is official video of the name announcement ceremony and  some "words" from PROTON Managing Director, Syed Zainal Abidin Tahir. PROTON released its new model, the Proton Inspira, which will be cruising down Malaysian roads from Nov 10. For more pictures and info, feel free to visit Arena Kereta.

Buletin Utama - New Model from Proton

Proton Inspira - fresh inside the box.. haha ;)

Zoom in the PROTON INSPIRA - "smart guys get it"

Mitsubishi Lancer - compare by yourself~
 
The video~

SSM: I wish I am one of the "smart guys". btw, today is my father's birthday. I wish Allah's bless always be with him.. Ameen..

Disclaimer: All pictures are taken from Arena Kereta website, meanwhile all videos are downloaded fom You Tube~ 

 
Click, if u like it~ ;)

Labels:
Recorded by SHaRKFiQ SSM 08 October 2010 at 10:53:00 PM 31 Comments

::SaLaM::

Hahaha, harini 29 Syawal, so we still in Raya month kan.. hehe.. Kalo tahun lepas 1st time ktorg satu family tgkap gambar tyme raya, tahun ni jadi 2nd time la.. haha.. Tahun lepas theme ktorg kale HIJAU, nak tengok x last year phothoshoot?? Klik la kat SINI .. [try la cari perbezaan ;-)]

Tahun nih, ktorg bertemakan kale Cream.. baju2 nih my mother and sisters yang bought, ktorg yg guys xkisah pun kaler ape.. n they bought Cream colour because thats the only colour that available for 3 person..[my father, me and my brother].. yang laen tu xcukup satu r, ade yg xde size la..etc etc.. hehe.. =))

"Wo de kuaile de jiaren"

Tapi, for this year, xnampak sgt kaler tu sama, sebab, my mother n sister lak xde jubah yang same kaler ngan ktorg.. tu r, seminggu before raya baru nak beli.. haha..

"My happy family"

Mula-mula, ingat nak letak 2 combine pages je, tapi bile lagi nak popularkan wo de jiaren, hehe.. Nie gambar satu2 before di'merge'kan..

"K.A.M.I. The Family"

"Wo de xiongdi jiemei he mama"

"Wo de xiongdi jiemei he baba"

"Wo ai wo de jiaren"

Raya kali nih gak slh sorg kawan time sekolah rendah bertunang [baju putih].. Dah 10 tahun kot xjumpa membe2 sekolah rendah, sebab dah xsama sekolah menengah.. so kira "pre-reunion" gak r.. semua awek2 tu dah menjadi cun and hot but not available.. hahaha~ ade gak membe skolah rendah yang dah kawen bulan 6 aritu [baju biru], 2 orang lak tu, lagi sorang xdatang~ 

  "GENTINGmates"


SSM: Duit raya tahun nih paling sikit penah dapat seumur hidup, RM30 je.. uit, SSM student lagi r~  Kalau ada bahasa mandarin yang xfaham, jangan malu nak tanya~ ;-) 

 Translation bahasa mandarin: 
Wo de kuaile de jiaren = My happy family
Wo de xiongdi jiemei he mama = My siblings with mum
Wo de xiongdi jiemei he baba = My siblings witk dad
Wo ai wo de jiaren = I love my family 

Labels:
Recorded by SHaRKFiQ SSM 07 October 2010 at 1:42:00 AM 18 Comments

::SaLaM::

Korang semua tahu tak pasal WHOPPER FOR RM1, only on 6 October 2010, as the Whopper celebration day~ Maybe besday adik-beradik owner BK nih 6/10, so dy nak buat kenduri la.. hehe~ Nih poster dy:


Fiq tahu pun dari my colleague, then tros tgk kt website BK before directly link to BK's pages on FB.. So, nak merasa kenduri nih, Fiq ngan Dinie, g r nak makan lunch kat sana.. sampai je, 

 Haa, tengok, mau xmau punya panjang~

OMG, panjang gila queue, sampai melimpah-limpah kat luar restoran tu.. sebab rehat sejam je, kami pun balik r, mkn kt KFC Tesco je.. haha..

 Nih dari dalam plak
Pastu petang, time nak balik keje, pergi lagi sekali, hmm, hampeh!! sama gak macam tengahari tadi..Tapi kali nie, kitorang tggu gak r.. bile lagi nak brator, kalo datang malam, lagi ramai r manusia..

Fiq brator, dari balakng nih, 
sampai mamat baju merah kat bwh restoran tu, 
takes 30minutes + 2.5 hours to be served at counter..

masa tgh queue, ramai la jugak orang yang berputus asa, tros balik, n make the queue more shorter.. pastu, setelah setengah jam queue, dengar la plak membe org depan nih cakap, diakena tunggu 3 jam baru boleh dapat.. Masenih, Fiq br ade kt bwh bumbung, xmasuk pintu restoran lagi.. ;) lagi 3 jam, sekarang dah kul 6.30pm + 3h = 9.30pm.. hmm, xpe r, gua mengalah~ mungkin xde rezeki.. tapi membe Fiq masih bersemangat nak tunggu.. tahniah!!

tapi last2, burger dah habis, and dyorg bg coupon utk redeem hari laen.. Terima kasih..

BK's coupon card [Dinie bagi]


SSM: Bebaloi ke??  Dah lama xmakan Mc.D, dulu, lunch slalu gak mkm Mc.D.. b4 puasa~ hehe..

Labels:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLiCK2!!